Pengertian uzlah menurut Islam bermaksud tinggal bersendirian di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu fokus untuk beribadah tanpa gangguan daripada sesiapa dan mengelak daripada melakukan dosa. Ketenangan, kerehatan dan kenikmatan hadir dalam uzlah. Sesiapa yang tidak tenang beruzlah di dalam rumahnya, dia tidak akan berasa ketenangan walau di mana-mana pun berada. 
(Sumber dari website islamik)

Ini adalah apa yang Shera buat (uzlah) diawal penghijraan. Bila rasa “ada yang tak kena”, Shera akan uzlah. Ketika beruzlah Shera akan cari buku buku agama (contoh: KITAB FADILAT AMAL) atau apa sahaja posting tentang agama dan baca. Baca serta fahamkan kemudian beramal. Mana yang tak baik, cepat cepat tinggalkan/jauhkan. Mana yang baik, usaha untuk dapatkan/ikut.
Alhamdulillah uzlah memang salah satu cara terbaik lagi berkesan dalam penambahan iman seseorang.

Anda mahu berhijrah? Maka, BERUZLAH! . Tinggalkan/jauhkan diri dari segala perkara dosa yang memberatkan langkah. 
Rakan rakan yang tidak mengajak kepada jalan Allah, LUPAKAN. Perkerjaan/perniagaan yang ada unsur haram di dalam hasilnya,TINGGALKAN.
Tidak sukar andai niat kita hijrah adalah kerana LILAHITAALA.

Berapa lama harus uzlah? Seberapa lama yang kita perlu sehingga kita mencapai tahap ketenangan hakiki serta kewarasan akal fikiran.

Adakala kita akan “sengaja” dikusutkan dengan hal dunia. Hal dunia seperti pekerjaan,perniagaan,hubungan,hal anak anak dan sebagainya di mana akan buat kita kurang fokus keagamaan. Bila kita makin jauh dengan Allah dan agama, sukar menjalani hidup dengan tenang. Ada sahaja yang akan “mengganggu” serta bermacam musibah yang tidak dapat kita elak. Iman yang semakin lemah akan menjurus kita untuk melakukan lebih banyak perkara yang berdosa lagi sia sia.

BERUZLAH !

Kita lupa asal dan tujuan kita di lahirkan di dunia ini hanyalah pengabdian kepada Yang Maha Esa. Selagi kita tidak kembali ke jalanNya, selamanya hidup kita di dunia tidak akan tenang. Berilah peluang dalam baki usia hidup kita ini untuk capai kebahagiaan dan ketenangan sebenar iaitu HIDUP DI JALAN ALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *