TIPS 1 - TUDUNG PATUH SYARIAH

Permulaan dari free hair ke bertudung make sure cari tudung yang mudah pakai (jenis sarung).

Shawl lepas (tanpa jahitan) bukanlah sesuatu permulaan yang terbaik kerana bimbang akibat kelecehan untuk memakai shawl boleh membantutkan semangat untuk bertudung. Hilang sekutul pin,mood terus kelaut tau. Jadi elakkan membeli atau memilih shawl untuk tudung pertama anda.

Pilih yang mudah jenis sarung/instant seperti :
Shawl instant
Bawal instant
Tudung sarung
Khimar

Tudung ada banyak jenis tetapi kena ingat, niat nak bertudung haruslah letakkan “niat kerana Allah” so carilah tudung yang “TEPATI SYARAT”. Islam tak halang untuk berfesyen tetapi biarlah menepati syarat.

Tepati syarat menutup aurat adalah :
-bahagian hadapan labuh menutup sehingga bawah dada
-bahagian belakang menutup tulang selangka (lebih bagus lagi sehingga punggung)
-tidak jarang
-tidak melekap di badan (ada jenis jenis tudung yang materialnya melekap seperti lycra)
-tidak sarat dengan perincian manik/lace/labuci atau sebagainya

Carilah yang simple,satu warna.”Less is more”. Tudung pertama haruslah mampu membuatkan kita makin bersemangat untuk berhijrah dan semakin cintakan tuntutan agama ini-MENUTUP AURAT. Kalau belum jumpa lagi tudung first love tu, usahakan mencari.

Adakala, kita sukar berhijrah kerana pemakaian yang menyusahkan serta terlalu banyak pilihan.Jangan beri pilihan pada diri di saat Allah sudah pilih kita untuk menerima hidayahNya. Agama tak susahkan kita tetapi kita yang suka susahkan diri kita

TIPS 2 - KOSONGKAN ALMARI

Bila kita nak hijrah, bagi wanita perkara kritikal adalah aurat. Bayangkanlah bagaimana susah nak menjaga aurat di mana kita semua tahu sehelai rambut wanita itu adalah aurat. Dari sebesar besar anggota badan wanita sehingga sehalus halus rambut wajib di tutup. Sudah cukup “seksa” maka jangan tambah keserabutan dengan fesyen.

Ini cara Shera sendiri. Boleh cuba inshaAllah sangat membantu dalam penghijraan. 
“CARI TUDUNG YANG MUDAH PAKAI (jenis sarung)”
Sudah selesa dengan memakai tudung, tambah aksesori lain pula seperti stokin,handsock dan juga inner berdagu. Kaki juga aurat, maka pakailah stokin yang tebal (agar warna kulit kaki tidak kelihatan). Perhatikan dalam almari kita yang sekarang, adakah baju baju itu semua boleh di bawa solat? Jika TAK-packing, masuk dalam kotak/plastik hitam,simpan bawah katil . Ini bertujuan agar kita tak tergoda untuk memakai semula pakaian pakaian lama yang tak mampu menjaga aurat kita apantah lagi boleh di persembahkan di hadapan Allah (tak cukup sifat menutup aurat). Memang kos sikit lah kerana perlu membeli baru. Tetapi, niatkan sedekah untuk jalan Allah pembelanjaan kita tu. InshaAllah ada keberkatan di situ.
Shera bermula dengan hanya 2 helai jubah,2 pasang stokin,1 handsock, 1 helai khimar dan juga sehelai purdah. Shera tak pakai dulu purdah tu masa awal hijrah. Beli dan Shera sengaja gantung di tempat saya mudah nampak agar menjadi pembakar semangat untuk next step Shera iaitu berniqab.Shera biasakan dengan memakai ulang kali pakaian yang ada ini. Kosong almari Shera waktu ketika itu.
Alhamdullilah teknik kosongkan almari sangat berkesan untuk Shera latih hati dan nafsu agar tidak terpedaya untuk kembali semula ke zaman jahilliah.Memula rasa janggal, tetapi lama kelamaan rasa best pula pakai labuh labuh kembang kembang.Sedikit sedikit Shera labuhkan tudung kemudian tambah pakaian mengikut keselesaan.Hati makin lama dan akhirnya menjadi lembut untuk terus berhijrah dengan rela.
Dan ini adalah janji Allah : 
“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 1037).

Bagi wanita berkerjaya, pilih jubah polos warna kusam seperti hitam,kelabu,biru gelap. Tudung juga sama pilih satu warna.Warna gelap adalah yang terbaik. Pakailah ulang ulang tidak mengapa.Ini lah jihad kita demi agama. Orang luar tak akan faham kenapa kita pakai baju berulang dan tak perlu kecil hati andai di sindir.Inilah mujahaddah kita di awal penghijraan. Teruskan, Allah sedang “pandang” kita tu. 
Mari kita doa dan usaha ke arah kebaikkan, Allah akan bantu kita inshaAllah.Jangan tunggu hidayah tu hadir dalam hidup kita tetapi usahalah.Kita tak akan tahu bila ajal kita. Andai ajal kita sampai di saat kita sedang berusaha untuk memperbaiki diri-inshaAllah Allah ampunkan kita.

“Dan sesungguhnya Rabbmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Rabbmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (QS. 16:110) (Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi tiap-tiap diri disempurnakan (balasan) apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiaya (dirugikan). (QS. 16:111)” (an-Nahl: 110-111)

Ayat ini diturunkan pada kisah ketika ada kaum mustadhafiin (orang-orang yang lemah) di Makkah yang dihinakan di tengah-tengah masyarakatnya dengan diserang berbagai macam fitnah. Kemudian Allah memberikan kesempatan kepada mereka untuk menyelamatkan diri dengan berhijrah. Maka mereka pun meninggalkan tanah kelahiran mereka dan juga keluarga serta harta benda mereka, dalam rangka mencari keridhaan dan ampunan Allah Ta’ala. Mereka berbaris di jalan orang-orang yang beriman dan berjihad bersama mereka melawan orang-orang kafir seraya bersabar.

TIPS 3 - AUDIT KARAKTER/AUDIT FANS/AUDIT RAKAN

Ok bila kita dah perbaiki cara berpakaian kita (menutup aurat), perkara yang mustahak wajib dilakukan adalah melakukan pembersihan senarai rakan/fans (artis idola/public figure idola) dan audit karakter diri kita.

AUDIT KARAKTER
Biasanya bila dah berhijrah, Allah akan beri kefahaman agama dalam diri kita.Secara semulajadi kita akan sedikit sedikit berubah perangai. Jika dahulunya seorang panas baran,selepas berhijrah kita akan jadi lebih tenang dan cool aja. Jika dahulunya seorang yang suka bergurau dan berkata kata yang sia sia, bila dah berhijrah kita akan lebih menjaga percakapan dan kata kata kita adalah hanya berkata yang “ada isi”.
Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)
Jadi, perhatikan diri kita. Jika masih terbawa bawa sifat zaman jahiliah, bermakna kita belum keseluruhan berhijrah,maka banyakkan menuntut ilmu agama.

AUDIT FANS
Berhenti fanatik dan taksub dengan artis artis barat dan tokoh tokoh barat (atau non-muslim). Rasullulah Sal allahu aleihi wasallam adalah sebaik baik manusia yang patut di ikuti,maka jadikan hanya Rasullulah Sal allahu aleihi wasallam ataupun para sahabat RA sebagai “fans serta idola kita”. Selain itu banyak je tokoh/public figure beragama Islam (yang soleh solehah) yang masih hidup; yang boleh kita masukkan senarai following list di Facebook. Penulisan mereka serta aura orang orang soleh solehah ini sedikit sebanyak dapat memberi kita lebih kefahaman dalam agama dan membantu kita istiqomah di jalan hijrah.
“Di akhirat kelak,kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai”

AUDIT RAKAN
Perhatikan rakan sekeliling kita (termasuklah rakan baik,rakan alam maya). Bila kita nak berhijrah, syaitan akan makin kuat berdamping dengan kita. Cukuplah kita di uji dengan mujahadah nak melawan nafsu sendiri dan juga hasutan syaitan-jangan tambah kekusutan dengan pengaruh rakan rakan yang tidak boleh membimbing kita ke jalan yang lurus. Jauhkan diri atau tinggal jika perlu. Ya. Dengar macam “kejam” tetapi kita harus lakukan untuk menjaga iman kita yang senipis kulit bawang ni.Niatlah dalam hati agar suatu hari nanti bila kita dah cukup “kuat”, kita nak bimbing rakan rakan kita tu. So, sementara kita masih lemah, jauhkan diri dari mereka. Kita masih baru, tak cukup kuat nak tarbiah dan dakwah semua orang.Sabar…Serah pada Allah untuk menjaga mereka. Kita? Usaha perbaiki diri kita.Tambahlah rakan rakan baru yang soleh solehah sebagai pendorong untuk kita. Banyakkan berteman dengan orang beriman. Tak apalah andai di gelar sombong atau bajek alim dan sebagainya. Memang ini yang di sebut dalam Al Quran “
Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, dalam hadis yang panjang, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang syafaat di hari kiamat,

”Perbanyaklah berteman dengan orang-orang yang beriman. Karena mereka memiliki syafaat pada hari klamat.”

Imam Ibnul Jauzi menasehatkan kepada teman-temannya,
”Jika kalian tidak menemukan aku di surga, maka tanyakanlah tentang aku kepada Allah. Ucapkan: ’Wahai Tuhan kami, hambaMu fulan, dulu dia pernah mengingatkan kami untuk mengingat Engkau.”

Jom kita bersahabat lilahitaala

KLIK DI BAWAH UNTUK BACA

Shera Anuar