Berikut adalah terma dan syarat pengambilan servis di web ini. Antaranya adalah:

  1. Harga pakej adalah tetap dan tidak boleh tawar-menawar kecuali mendapat diskaun dari kami sendiri.
  2. Pembayaran deposit 70% harus di buat sewaktu sesi tandatangan agreement. Dan baki 30% adalah pada waktu penyerahan. Digalakkan membayar bayaran penuh bagi melayakkan mendapat diskaun sebanyak 5% untuk upah.
  3. Refund penuh hanya dibuat jika pihak Shera Anuar tidak mampu untuk melakukan sesuatu servis atau pihak kami sendiri yang menolak servis tersebut setelah bayaran dibuat. Manakala TIADA REFUND akan di lakukan jika anda ingin batalkan servis secara tiba-tiba atau setelah kerja kerja membina sedang di jalankan.
  4. Kami akan cuba sedaya upaya merealisasikan kerja/website idaman anda mengikut persetujuan kita bersama di awal perbincangan dan menyiapkan mengikut tempoh masa yang telah di persetujui. Mempercepatkan proses kerja adalah tidak di galakkan kerana bimbang kualiti kurang memuaskan.
  5. Sebarang penambahan atau penukaran secara “tiba-tiba” adalah tidak di galakkan ketika kerja-kerja sedang di lakukan. Kami berhak cas harga tambahan jika anda tetap mahukan perubahan.
  6. Kami juga berhak untuk cas harga tambahan jika anda ingin “renovate” sesebuah website yang telah disiapkan (atas budibicara). Ini kerana kami terpaksa mengambil masa untuk renovate kembali. Pengecualian “renovate” hanya jika pihak kami yang tersalah design.
  7. Sebarang kerja kerja editing setelah website anda siap/servis telah siap, akan di cas mengikut jenis servis yang anda inginkan. Harga upah berubah ubah mengikut semasa.
  8. Kami tidak menyediakan konten, gambar, video atau dan lain lain isi kandungan website. Anda perlu sediakan dan berikan kepada kami untuk di masukkan dalam website mengikut persetujuan kita bersama di awal perbincangan. KERJA KERJA MEMBINA HANYA AKAN DI MULAKAN SETELAH KONTEN LENGKAP DI TERIMA. Oleh itu, kami amat menggalakkan agar pihak anda mensegerakan penyerahan konten.
  9. Support penuh untuk website yang telah dibina oleh kami KECUALI web tersebut telah diubah sendiri oleh client.
  10. Untuk pakej Lady Boss, personal coaching hanya akan bermula setelah website anda siap (penyerahan website).
  11. Tempoh personal coaching fleksible (mengikut kesesuaian dan masa anda) namun, mesti mengikut persetujuan kita bersama(harus dinyatakan di dalam agreement). 
  12. Lanjutan tempoh bermula (anda boleh pilih tarikh untuk bermula mengikut kesesuaian waktu anda namun amat di galakkan untuk segera setelah pembayaran di buat) boleh di tukar mengikut budi bicara namun TIADA REFUND akan di buat jika pihak anda membatalkan dengan sendiri/terbatal akibat perkara-perkara yang tidak di duga. REFUND hanya akan di buat jika pihak kami yang tidak dapat meneruskan sesi.
  13. Cas tambahan akan di kenakan jika ada lanjutan tempoh setelah habis masa. (jika agreement mengatakan 2minggu,tetapi pihak anda mahukan lebih masa, maka di sini akan ada cas tambahan mengikut budi bicara.)
  14. Cas tambahan akan di kenakan jika ada perubahan selain yang tertera di dalam agreement.
  15. Anda harus menyiapkan latihan yang di berikan mengikut masa yang di tetapkan agar kami dapat meneruskan sesi coaching yang seterusnya (mengikut perjanjian). Melambat lambatkan sesi dari pihak anda akan mengakibatkan tambahan cas masa (jika telah tamat tempoh di dalam agreement).*Baca No 13
  16. Anda boleh berhenti menerima coaching dari kami bila bila masa namun TIADA REFUND AKAN DI BUAT.*Baca No 12

Lain-lain terma dan syarat akan ditambah dari semasa ke semasa tanpa notis awal dari pihak kami.