SUMBER PENTING UNTUK BISNES ONLINE

Saya senaraikan beberapa sumber yang saya sendiri gunakan bagi membantu bisnes saya berjalan lancar dan sekaligus telah membuatkan bisnes saya mudah di urus. Anda boleh cuba dan saya sangat rekemen kerana ianya telah berjaya menjadikan bisnes saya 90% automatik! Lagi 10% tu kerana saya mengendalikan kursus live online bersama pelajar saya…ikut masa saya dan dari rumah sahaja 🙂

(Laman ini mengandungi beberapa link affiliate. Ini bermakna saya mungkin menerima sedikit komisen sekiranya anda membuat keputusan untuk membuat pembelian melalui link tersebut.)

Page “sumber” ini adalah sekadar memberi cadangan untuk anda gunakan ke atas bisnes anda. Ini kerana sebahagian dari senarai di bawah , saya telah gunakan dan ianya amat membantu dalam bisnes online saya! Saya faham untuk membina sebuah bisnes bukan mudah dan bukan murah. Oleh itu nasihat saya, anda cuba survey beberapa perkara sebelum membuat keputusan menggunakannya ya.

Semoga info di sini memberi manfaat kepada anda! SHARE posting ini agar ramai lagi dapat manfaat.

Kami ingin anda menyertai dan belajar di Komuniti Suribisnes. Komuniti ini adalah tempat (non-organization) yang bagus untuk berhubung dengan usahawanita bisnes online yang lain.

WORDPRESS HOSTING

Sebagai Penyedia Perkhidmatan Cloud (Cloud Service Provider) terkemuka di Asia Tenggara, Exabytes mempunyai pakar dalam menyediakan perkhidmatan hosting web, seperti cloud hosting, shared hosting, hosting e-mel, VPS, pendaftaran nama domain, pemasaran digital, (SiteLock, Cloudflare dan Sucuri) penyelesaian penciptaan laman web, penyelesaian permulaan perniagaan dan banyak lagi sejak penubuhan meraka pada tahun 2001.

WORDPRESS THEME

Theme website saya yang cantik ini adalah dari Bluchic ! Saya sangat berpuas hati dengan design theme dari Bluchic kerana selain ianya cantik (iya memang adore sangat!), SEO friendly, customer service juga pantas dan mesra. Anda akan mendapat email dari tim mereka tentang tip tip bisnes juga. Pembelian theme ini tidak beserta pemasangan namun tim mereka ada menyediakan laman khas (help support) untuk menjawab segala permasalahan berkaitan pemasangan. Ada video tutorial juga di sediakan. Terbaik! Terdapat banyak rekaan yang cantik sesuai untuk wanita dan pastinya berbaloi. Lifetime investment!

Canva adalah tempat untuk edit gambar .Sign up percuma dan ianya sangat sesuai untuk editing bagi mereka yang tak tahu edit! Penggunaan Canva memerlukan data internet dan sebaiknya anda lakukan kerja kerja editing di komputer agar hasil kerja anda dapat di simpan di dalam folder yang tersusun. Anda boleh juga download aplikasi Canva Mobile dan hanya log in menggunakan akaun yang sama. Anda boleh edit banyak kali gambar yang telah anda download. Sangat bagus sekali! Anda cuma perlu luangkan masa untuk belajar menggunakannya. Ianya sangat user friendly. Saya gunakan versi percuma dalam kesemua media yang anda lihat di website saya ini. Dan saya juga gunakan untuk design website klien saya.

Ini adalah tempat untuk anda menjual hasil kreatif anda dengan membuat kedai online dan anda juga boleh membeli pelbagai bahan kreatif di sini. Jangan lupa dapatkan produk digital percuma di ruangan “get free goods” apabila anda mendaftar sebagai ahli secara percuma. Saya banyak membeli font yang unik di sini.

FOTO STOK

Anda PERLU tahu bahawa selain theme yang memukau, gambar yang berkualiti mampu memberi impak “profesional” ke atas brand anda.

Pastikan anda memilih gambar mengikut tema jenama atau di sebut “brand board” anda ya.

Mengapa mahu susah payah menangkap foto stok sendiri atau membayar fotographer yang pastinya cas mahal untuk gambar yang cantik?

Anda boleh membeli gambar yang cantik cantik untuk website anda atau untuk media sosial anda di senarai yang saya kongsikan di bawah.

Mereka menawarkan membership programme atau erti kata lain langgan bulanan.

Setiap masa anda boleh download sahaja gambar stok dari mereka . Mudah! Anda boleh juga membeli pakej gambar one-time payment dengan mereka.

Mereka ada menawarkan gambar percubaan percuma untuk subscriber tau. So anda boleh subscribe di website mereka dan dapatkan gambar percubaan percuma ya. You are welcome!

KLIK SINI

Aplikasi Linktree ini anda boleh daftar percuma melalui akaun Instagram dan saya sangat rekemen. Fungsinya adalah menghimpunkan kesemua URL media sosial anda di suatu tempat . Dengan itu prospek anda mudah mahu mencari anda dan follow anda.Iya percuma.

Saya sangat suka menggunakan Telegram untuk menghubungkan komputer dan handphone saya. Seolah “cloud storage”, saya boleh “menyimpan” gambar atau apa sahaja info penting di private channel dan akses dari handphone atau komputer. Anda juga boleh gunakan Telegram sebagai katalog produk anda atau create Telegram Channel khas untuk fans,pelanggan anda. Update promosi terkini atau apa sahaja info di Telegram Channel tersebut. Anda boleh lakukan marketing dan jualan di sini. Hebat!

Aplikasi ini saya gunakan di iphone untuk memudahkan saya edit video, letak watermark brand saya, dan rekod video tutorial. Berbaloi beli yang Pro kerana banyak fungsi yang amat sesuai di gunakan dalam bisnes online saya. Untuk edit gambar di handphone, saya gunakan aplikasi PictArt dan Snapseed. Untuk Instagram saya gunakan aplikasi Preview bagi merancang gambar yang mahu di post.

Pinterest adalah rangkaian sosial yang membolehkan pengguna untuk berkongsi secara visual, dan menemui minat baru dengan memaparkan imej atau video ke “Pinterest Board” mereka sendiri atau orang lain (iaitu koleksi ‘pin,’ biasanya dengan tema yang sama ) . Saya gunakan untuk mencari idea,sumber inspirasi dan informasi. Ianya seperti Google Search tetapi di Pinterest, carian lebih specific.

Walaupun anda sudah ada website, Facebook Page juga amat penting untuk anda lakukan marketing. Sebagai blogger, anda boleh mengumpulkan Fans anda di page anda untuk memudahkan mereka mendapat lebih banyak info berkenaan aktiviti terbaru anda. Dan anda boleh convert mereka untuk baca blog anda di website, sekaligus menjadikan mereka subscriber ke email anda pula. 

Copy paste dari screen komputer anda dengan mudah bilamana menggunakan ScreenPresso ! Aplikasi ini juga membolehkan anda rekod screen video memudahkan anda untuk membuat tutorial . 

Ini saya sangat suka! ManyChat ibarat pembantu saya dan membantu menguruskan segala pertanyaan di Facebook Page Messenger saya. Untuk gunakan aplikasi ini, anda wajib ada Facebook Page. Nak tahu bagaimana Bot saya ini berfungsi? Klik SINI

Digital Marketing-Email adalah nadi utama kepada bisnes online. Tujuan email adalah mengumpul data dan ia juga membantu bisnes owner untuk melakukan follow up secara automatik (auto-responder). Tidak seperti kebanyakkan auto responder lain, MailChimp menawarkan pakej percuma untuk 1000 subscriber pertama. Namun anda boleh juga survey provider yang lain seperti Mailerlite (juga menawarkan pakej percuma untuk 1000 subscriber pertama), Aweber atau GetResponse.

Usahawan online WAJIB gunakan Ordersini kerana inilah one-stop-centre untuk anda menguruskan bisnes online anda. Auto respond email dan membantu menguruskan affiliate. Baca lebih lanjut di SINI .

Online banking is a MUST for an online entrepreneur! Saya daftarkan perniagaan ini dan membuka akaun Maybank bisnes (akaun semasa) untuk memudahkan saya mengurus keuntungan bisnes saya. Jangan campur adukkan duit sendiri dengan duit bisnes ya. Pastikan juga anda aktifkan online banking akaun semasa anda untuk memudahkan transaksi.

Jika produk/servis anda boleh di jual ke luar negara, ada baiknya anda menggunakan PayPal kerana di luar negara, pembeli kebanyakkannya menggunakan PayPal. PayPal memudahkan currency changing dan mengikut rate semasa. Ini saya gunakan untuk memudahkan pembelian produk dari luar negara khususnya. 

Google Analytics adalah alat analitik yang paling bagus untuk laman web anda dan ia benar-benar percuma. Saya menyemak analisis saya setiap hari! Ia akan memberitahu anda bagaimana pembaca atau bakal klien anda mencari website anda.

Setakat ini perkongsian saya.Konten di page ini akan berubah ubah mengikut apa yang saya telah pelajari atau teknologi baru yang saya gunakan. Jadi anda bookmark kan page ini di komputer/handphone anda ya mudah nak rujuk di lain masa. 

KLIK SINI UNTUK SUBSCRIBE