Jamu adalah sebutan untuk ubat tradisional yang berasal dari Indonesia. Selain sebutan jamu, ianya juga di sebut herba atau herbal. Di sebabkan Malaysia hampir dengan negara Indonesia, maka sebutan jamu itu lebih sinonim.

Jamu, herba atau herbal ini biasanya dibuat dari bahan-bahan alami semulajadi dari tumbuhan seperti akar kayu, daun-daunan, kulit batang, dan buah buahan. Ada juga menggunakan bahan dari tubuh haiwan, seperti hempedu kambing, hempedu ular, atau tangkur buaya (kemaluan buaya jantan).Tetapi yang banyak berada di pasaran adalah jamu jenis tumbuhan dan jenis rempah.

Seringkali kuning telur ayam kampung juga dipergunakan untuk tambahan campuran pada jamu.Asalnya, jamu adalah berbentuk cecair dan terasa pahit sehingga perlu ditambah madu sebagai pemanis agar rasanya lebih dapat ditoleransi peminumnya. Bahkan ada pula jamu yang ditambah dengan anggur. Selain sebagai pengurang rasa pahit, anggur juga berfungsi untuk menghangatkan tubuh.

Jamu sebagai salah satu bentuk perubatan tradisional, memegang peranan penting dalam perubatan penduduk di negara berkembang. Dianggarkan sekitar 70-80% populasi di negara berkembang memiliki ketergantungan pada ubat tradisional.

Secara umum jamu dianggap tidak beracun dan tidak menimbulkan efek sampingan. Khasiat jamu telah teruji oleh waktu, zaman dan sejarah, serta bukti telah di amalkan oleh manusia selama ratusan tahun.

Zaman dahulu, sumber bahan jamu tidak tercemar dan mudah di dapati. Hampir sahaja semua orang mampu mengamalkan jamu setiap hari dan membancuhnya sendiri di rumah. Zaman bersilih ganti, sumber tumbuhan yang boleh di gunakan untuk memproses jamu makin sukar untuk di peroleh. Di tambah pula dengan teknologi terkini maka terhasil lah pelbagai jenis vitamin dan suplemen sebagai makanan kesihatan tambahan yang sumbernya bukan seratus peratus alami.

Walaupun zaman sekarang makin moden dan maju, masih ramai juga yang mengamalkan jamu jika di lihat dari lambakkan produk jamu di pasaran. Andai tiada permintaan atau tiada pengamalnya, masakan ada pengeluaran jamu?

JAMU JENIS CECAIR vs JAMU JENIS TABLET/KAPSUL

Jamu yang berkualiti dan selamat di makan, haruslah di perbuat dari sumber bahan yang benar benar alami semulajadi. Jika tidak, ianya akan memberi kesan buruk kepada badan terutamanya buah pinggang. Lambakan produk jamu di pasaran kini memilih bentuk kapsul/tablet sebagai alternatif kepada jamu minuman. Kerana ianya mudah di telan dan tidak berasa pahit berbanding jamu berbentuk cecair. Jamu jenis kapsul/tablet memudahkan pengguna untuk menyimpan atau membawa ke mana mana. Jangka hayat jamu jenis kapsul/tablet ini juga lebih lama berbanding jenis cecair.

JAMU KAPSUL JERNIH

Paling terkini, jamu dari keluaran jenama Sisfel di reka dalam bentuk kapsul jernih yang menggunakan sumber tumbuhan“vegecaps” bagi memberi jaminan halal. Ini kerana, kebanyakkan jamu,supplemen atau uabatan yang berbentuk kapsul jernih adalah di perbuat dari sumber lemak haiwan (gelatin) yang di panggil “bovin”/ gelcaps.Harga bovin lebih murah berbanding vegecaps dan sumber tersebut amat sukar untuk di kenalpasti adakah halal atau sebaliknya. Vegecaps adalah seratus peratus dari sumber tumbuhan dan sedikit tinggi kosnya berbanding kapsul dari sumber lemak haiwan. Vegecaps juga mudah dan cepat larut di dalam perut berbanding kapsul dari sumber bovin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *