**Blog ini mungkin mengandungi pautan affiliate. Baca SINI untuk info lanjut.

Apa itu blog?

Apa itu website?

Siapa patut ada website?

Di blog ini, saya akan memberitahu secara terperinci tetapi basic, tentang blog dan website.
Kenapa basic? Kerana saya yakin anda bukanlah mahu menjadi pakar kod atau hackers!
Niche blog saya ini pula sememangnya untuk surirumah yang baru ingin bermula serta berjinak dengan blogging. 
Jadi bagi anda yang sudah pro, boleh skip membaca ya!

Sebelum kita terjun dalam dunia blog, ada baiknya kita fahami dahulu kepentingan dan kelebihan website.
Mari baca terlebih dahulu 5 kepentingan website.

KEPENTINGAN WEBSITE

  1. AKSES KEPADA PELAWAT BILA BILA MASA.
    Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.
  2. AKSES KEPADA MAKLUMAT
    Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web sendiri anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ? Anda juga boleh mendapat maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik lamn web dan semua halaman-halamannya. Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.
  3. KEMUDAHAN PELANGGAN
    Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu lawati laman web anda.
  4. MENINGKATKAN PELANGGAN
    Anda mungkin popular dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana pula dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda. Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.
  5. MENINGKATKAN JUALAN
    Laman web yang bagus dan selalu dikemas kini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.

Kini anda sudah tahu kelebihan website. Mari saya ceritakan pula perkara yang anda perlu buat sebelum anda bina website anda sendiri.

PERKARA PERLU DI BUAT SEBELUM MULA

  1. .PEMILIHAN NICHE

    Ada banyak niche anda boleh pilih untuk di jadikan “konsep” atau identiti website anda. Contohnya jika anda sekarang memiliki bisnes kosmetik, niche anda adalah “kecantikkan”. Niche kecantikkan boleh di pasangkan dengan niche fesyen. Maka anda boleh menulis tentang dua topik ini di blog anda. Niche amat penting untuk anda fikirkan di permulaan membina website kerana setelah anda telah tetapkan niche tersebut, website anda perlu di reka mengikut kesesuaian niche tersebut. Pemilihan gambar, font, tema warna dan theme amat memainkan peranan penting dalam pemilihan niche.

  2. KONTEN
    Website memerlukan konten. Konten yang banyak infomasi, mampu membawa ramai pelawat datang ke website anda. Seperti saya jelaskan pada tajuk “niche”, tulis konten yang anda tahu atau anda pernah buat.
    Kita bercerita tentang blog ya di sini. Blog itu adalah sebahagian slot di dalam website anda. Dalam website, ada ruangan “pages”, “blog” , “kedai online”.

    PAGE
    Ini ibarat “menu” kedai atau segmen website anda. Page ini anda akan biasa nampak di letakkan paling atas sekali website dan dinamakan “Home”,”About”, “Contact”.

    BLOG

    Blog pula ibarat “muka surat” yang terisi konten. Di sinilah anda bakal mencurahkan segala infomasi atau curhat.

    Saya amat galakkan anda menulis perkara yang anda tahu atau biasa buat atau anda minat ya.

    Ini kerana mudah untuk anda istiqomah menulis sesuatu topik yang anda biasa atau tahu berbanding anda tidak tahu.

    Memandangkan misi visi saya mahu membimbing anda menjadi blogger, adalah lebih baik anda terus set dalam fikiran untuk menjana pendapatan menjadi blogger!

    Kerana jika sekadar hobi, amat tidak berbaloi dan akan membuang masa anda yang berharga tu.

    Jadi anda patut menyediakan konten yang bagus.

    Boleh dapatkan idea serta buat sedikit research di website berkaitan topik yang anda mahu letakkan di blog anda.

    Kemudian anda olah mengikut kreativiti dan kepakaran anda.

  3. PENGURUSAN

    Mengurus website tidak sesusah mengurus laman sosial seperti Facebook atau Intagram, yang memerlukan anda posting status setiap hari setiap 3jam!

    Di blog anda,anda hanya perlu menulis 2-3 konten dalam sebulan sahaja (sebagai permulaan) tetapi pastikan infonya penuh dan bagus.

Saya faham anda mungkin sudah pening membaca sehingga perenggan ini. Namun memang inilah perkara asas yang perlu anda tahu sebelum anda mula berblogging.

Ini belum masuk bab teknikal tentang membina website pula. 

Saya ceritakanlah sikit jalan kerja membina website agar anda lebih dapat menjiwai dunia blogger kelak. Haha.

Pertamanya anda perlu membeli domain&hosting.

Membeli di syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting seperti Exabytes.

Setelah anda membeli domain &hosting, anda akan mendapat pautan dari Exabytes di email anda tentang cara bagaimana untuk anda install perisian website anda sendiri.

Agak rumit jika ini adalah pertama kali anda melakukannya. Hasil selidik dari pelajar pelajar bina website saya, mereka memang tak dapat hadam habis kerja kerja install. Belum lagi kerja kerja mahu mereka pula!

Setelah selesai install WordPress Theme anda, anda perlu mereka susunan website, masukkan konten dan akhir sekali memeriksa setiap pautan website anda.

Harus memeriksa di beberapa jenis gadjet bagi memastikan layout website atau theme website anda itu kemas ataupun tidak, pautan berfungsi ataupun tidak dan juga penting memastikan font, gambar yang di gunakan juga bersesuaian dengan niche anda.

Proses merancang dan membina biasanya mengambil masa 1-3 bulan bagi yang baru pertama kali nak cuba buat sendiri.

Apa ni Shera??? Peninglah!

He…Kalau tak nak pening, upah sahajalah saya untuk bina website idaman anda tu!

Saya pun tidak mahu anda melambat lambatkan proses membina website sedangkan perkara UTAMA yang lebih penting adalah mengembangkan bisnes anda.

Klik SINI untuk melihat bakal website impian idaman anda tu 🙂

KLIK SINI UNTUK SUBSCRIBE
Shera Anuar