Suatu ketika dahulu, Shera seronok kejar dunia. Rasa bangga bila diri di puja dan di kenali. Shera dahulunya sangat workaholic. Manager suruh apa sahaja, Shera akan buat tanpa banyak soal. Customer service pun buat, kerja admin pun buat, beauty consultant pun boleh! Setiap bulan di hantar training ke luar negeri. Di taja penerbangan, makan, dan hotel mewah. Di beri penghargaan “pekerja terbaik bulanan” dan “pekerja terbaik tahunan”. Manakan tidak…datang kerja tak pernah lambat dan sepanjang perkhidmatan tak pernah MC. Shera sangat seronok kerja di company ini. Rakan sekerja baik baik. Dari Ceo sehinggalah cleaner dan security guard, semuanya baik!
Gaji besar, benefit banyak dan masa depan cerah.Di tambah pula setiap bulan mendapat tajaan supplement RM300. Best sangat seronok sangat kerja ni. Pegi kerja boleh bergaya ala ala “carrier women” Uniform seksi, kasut tinggi 5inci, mekap tebal harum semerbak mewangi. Bulu mata pelesu melambai lambai oh bahagia!
Paling seronok jadi beauty consultant sebab dapat lah mekap mekap percuma di tempat kerja. Bersungguh sungguh berkerja mahu naik gaji,mahu dapat penghargaan, mahu dapat pangkat.Bukankah duit adalah segala galanya! Tapi… itu dahulu. Shera berhenti bekerja sebagai beauty consultant iaitu pada tahun 2015 (selepas dapat award ini).

KENAPA BERHENTI KERJA?

Tahun 2015 Shera berhenti kerja dan bermula lah episod jadi usahawan kecil kecilan. Namun waktu itu masih belum berhijrah sepenuhnya. Hanya berhenti kerja dan mengatur hidup baru sebagai peniaga. Shera berhenti kerana hati dah terdetik mahu berhijrah saat Shera terbaca sebuah posting KakFel di Facebook tentang penghijraan beliau. Ketika Shera mendapat hidayah untuk berhijrah, Shera tiada “tangan” dari orang lain untuk menyambut .Maka Shera tercari cari kekuatan itu. Kenal KakFel di alam maya memberi impak yang sangat besar dalam diri Shera. Menjadi inspirasi untuk Shera terus memperbaiki hidup .Shera mahu berjaya kaya dunia dan akhirat sepertimana KakFel yang mampu capai jalan hidup sebegitu dengan mengikut syariat agama.
Menjadi wanita solehah dan berjaya dalam perniagaan. Mashallah.
Alhamdulillah atas izinNya, dan asbab taufiq serta innayah Shera mampu istiqomah berniqab sehingga hari ini malah Allah izinkan juga Shera merasai nikmat berhijrah yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata kata!
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Allah permudahkan jalan dan izinkan Shera berjumpa dan bersemuka dengan orang yang mencetuskan inspirasi ramai wanita di luar sana iaitu Felinna Fattah di Baling,Kedah pada bulan September 2018.
Menjadi rakan niaga Sisfel bersama syarikat Raffelinna ini memberi peluang kepada Shera untuk lebih dekat lagi dengan idola Shera ini.

THIS IS HOW MY HIJRAH JOURNEY START
Step pertama, mengubah jalan hidup bukan mudah.Shera melakukan uzlah. Pada mulanya hanya buat “hijrah kecil” iaitu dari freehair kepada pakai tudung biasa (masa ni masih jahil tak ambil tahu agama so pakai aja tudung singkat). Walaupun hijrah kecil, namun dalam hati tetap sentiasa berdoa mahu jadi lebih baik. Shera kirim doa dari sahabat yang pegi menunaikan haji dan “minta” hidayah dari Allah.
Bukan sekadar minta, Shera juga usaha mendalami agama sebanyak yang mampu.
Sejak mula aja hijrah, macam macam dugaan. Allah cuba perbetulkan tujuan dan niat hijrah Shera sehingga Shera “hilang” semua sekali. Wang simpanan habis terus, kereta terpaksa surrender kepada bank, kawan “hilang” ,dan macam macam lagi. Allah nak “cuci” dan “hapuskan” perkara maksiat dan haram dalam hidup Shera lalu “dihilangkan” semuanya!Apabila “kejatuhan” ini terjadi maka lebih luas dan lapang jalan penghijraan. Sejak itu, Shera terus memilih untuk terus berniqab. Makin hari makin jatuh cinta dengan agama Islam. Seolah olah seakan baru masuk Islam semula!

“Ala pakai tudung biasa biasa pun tutup aurat kut!”
“Ala hijrah ajela kenapa sampai nak berhenti kerja?”
“Pakai niqab tak wajib, biasa biasa sudahlah!”

Ini adalah kenyataan yang pernah di persoalkan kepada Shera. Namun Shera tetap mahu terus berada di jalan hijrah ni.Shera tak takut kerana Shera berada di jalan Allah! Tiada seorang kawan solehah pun ketika ini yang membantu hijrah. Ada mencari namun tiada rezeki mendapat kawan solehah. Lalu pelan pelan belajar dari buku dan pegi dengar ceramah selain membaca posting posting rakan hijrah yang lain. Dari itu, kekuatan hijrah semakin menebal.Awal penghijraan memang terasa lost. Dahaga ilmu, dahaga bimbingan. Lalu Shera cuba cuba add rakan rakan berniqab di FB dan juga Instagram. Dengan harapan mereka mereka boleh beri nasihat dan cerita kisah hijrah mereka. Tapi, ada sedikit kekesalan bila kebanyakkan dari yang Shera follow, tiada satu pun sudi membalas mesej. Mereka lebih gemar post gambar selfie sehari 4-5 kali minta di “like”.
Mereka lebih gemar kopipes taskirah yang di attach pada gambar selfie, lalu minta di “share”.
Mana nasihat ikhlas dari hati?
Mana bimbingan personal?
Mana contoh/tips atau apa sahaja berkenaan perjalanan hijrah?
Mana “true story” tentang kisah kisah hijrah?
Mungkin ada, namun “berkalis kalis”, samar samar.
Kelamaan Shera keliru. Niqabis yang benar benar ikut ajaran agama dan yang benar benar hijrah itu seperti apa?
Kita tidak mahu hijrah sekadar posing jubah,tudung labuh ataupun niqab.
Kita tidak mahu hijrah sekadar luaran.
Kita mahukan “perjalanan” , “dokumentari”, “real story”.
Ada juga yang share cerita sebelum dan selepas namun masih Shera ragu ragu jalan ceritanya kerana tiada gambar yang mempamerkan kehidupan peribadinya, tiada usul asal, hujung hujung dia hanya mahu menjual buku kisah hijrahnya.
“Oh, adakah ini marketing strategi?” Begitulah detik hati.Ialah follower puluh ratus ribu. Manakan nak layan semut kecil macam Shera. Sedikit rasa down. Maka Shera sendiri sendri baca di blog blog aja mencari inspirasi. Jadi kepada pembaca yang mesej/email/komen, Shera ucapkan terima kasih. Shera paham sangat tujuan anda semua apa. In sha Allah Shera akan cuba luangkan masa reply satu satu ya. Terima kasih sudi terima ilmu yang tidak seberapa ini. Terharunya!

Jom kita bersahabat lilahitaala.Follow Shera di Facebook dan IG ya.

KENAPA BERNIQAB?

KERANA SYURGA BUKAN MURAH!

Teringat saat awal memilih untuk berniqab. Ramai yang “tegur” katanya nanti “hidup susah”.

Susah nak dapat kerja bagus
Susah nak bergaul
Susah nak pergi sana sini️

Masatu memang tak ada pendedahan tentang niqab dan tiada siapa yang mendorong. Terasa sangat nak hijrah dan pakai niqab. Memang niatkan mahu memperbaiki diri,iman dan akidah. Ternyata secebis kain kecil ini bukan penghalang kejayaan,secebis kain kecil ini bukan penghalang kebahagiaan ataupun penyebab kepada kehancuran. Bahkan secebis kain kecil di muka ini menjadi “perisa” kepada kegelapan dan keteguhan pendirian untuk berpegang pada agama di saat keimanan teruji. Shera yakin bahawa di dalam setiap perkara wajib,sunat dan sunnah itu ; ADA KEBAIKANNYA. Tidak wajib namun, tidaklah salah andai memakainya. “Nikmat” hanya pada mereka yang yakin percaya akan manfaatnya.

Perjalanan Shera masih jauh.Selagi masih bernyawa, selagi itu hidup kita akan sentiasa di uji. Hidayah ni kalau kita tak jaga, lama kelamaan akan hilang. Tanpa taufiq,hidayah tidak akan mampu bertahan. Tanpa innayah, hidayah dan taufiq itu juga tidak akan mampu bertahan.

Hidayah+taufiq+innayah=istiqomah

Menjaga nikmat hidayah taufiq dan innayah ini memerlukan kita selalu bergaul dan bersahabat dengan orang orang yang mengamalkan agamaNya (org soleh solehah) . Siapa idola kita, bakal menentukan siapa diri kita dan bagaimana jalan hidup kita.
Oleh itu, pilihlah orang yang tepat untuk kita jadikan “circle friends” dalam hidup kita. Agar kita sentiasa mendapat kekuatan untuk kekal di jalan agama.

MANA NAK CARI KAWAN SOLEHAH?

Pakai labuh labuh bertutup litup nak pergi mana je?Iya sesetengah orang, “tak dan” nak pakai labuh labuh bertutup litup kerana life style mereka tidak “mendorong” untuk ke arah begitu. Segan nak pakai depan keluarga. Tempat kerja ada uniform dan memang tak boleh nak pakai waktu kerja. Tiada rakan rakan yang pakai macam tu pun. Banyak lagi “halangan” yang ramai orang hadapi bila hati dah terdetik nak cuba juga pakai tudung labuh,jubah dan niqab.

Jadi bagaimana cara nak dapat rakan solehah dan nak merasa pakai pakaian sunnah?

Rajin rajinlah ke majlis ilmu agama. Tak adalah rasa kekok nak bertudung labuh berjubah berniqab bila menghadiri majlis agama. Bermula dengan menghadiri majlis ilmu, kemudian akan jumpa ramai rakan yang berhijrah, seterusnya akan dapat kekuatan untuk berhijrah. Inilah proses ramai orang yang mampu berhijrah dan merubah 360 darjah kehidupan mereka.
Tak ada yang “ajaib”. Semua itu perlukan usaha bukan sekadar kata kata “aku nak berubah” namun tiada tindakkan.

Barang sesiapa yang mahu berubah menjadi baik keranaNya, maka Dia akan beri jalan dan kefahaman agama. 
InshaAllah.

Jangan malu berperwatakkan kearab araban sikit. Kerana Nabi Sal allahu aleihi wasallam adalah bangsa Arab. Kita ikut sunnah kan…jangan malu.Jangan malu.Yang kutuk “poyo” tu, mereka kutuk sunnah. Nanti kat padang mashar, Nabi tak cam mereka umatnya kerana apa? Kerana sepanjang hidup di dunia tidak mengamalkan sunnahnya. Dah la tak amalkan,kutuk pulak tu. hurm…Tak mampu buat semua,jangan tinggal semua dan yang penting, jangan perlekeh/persenda/kutuk/hina orang orang yang mengikut sunnah.

Tak mampu-DIAM
Tak suka-PUN DIAM
.
Semoga Allah beri kefahaman pada mereka mereka yang jahil. 
Semoga Allah beri kekuatan pada hamba yang terpilih menikmati hidayah untuk istiqomah di jalanNya.

AKTIVITI SHERA SELEPAS BERHIJRAH

Sejak mula aja hijrah, macam macam dugaan. Allah cuba perbetulkan tujuan dan niat hijrah Shera sehingga Shera “hilang” semua sekali. Wang simpanan habis terus, kereta terpaksa surrender kepada bank, kawan “hilang” ,dan macam macam lagi. Allah nak “cuci” dan “hapuskan” perkara maksiat dan haram dalam hidup Shera lalu “dihilangkan” semuanya!Apabila “kejatuhan” ini terjadi maka lebih luas dan lapang jalan penghijraan. Sejak itu, Shera terus memilih untuk terus berniqab. Makin hari makin jatuh cinta dengan agama Islam. Seolah olah seakan baru masuk Islam semula!Tapi tak lama je lepas tu Allah ganti dengan yang hebat tak terjangka dek akal. Percaya tak yang Shera dan suami kini mengusahakan pusat pengajian Al-Quran! Asalnya beauty consultan tetapi kini jadi ustazah! (student anggil ustazah..) Bukan nak riak bangga namun Shera nak beritahu bahawa betapa Allah itu Maha Penyayang. Dosa kita, buruk kita, aib kita ,masalah kita, semuanya Dia mampu ubah andai kita sanggup korbankan untuk kejalanNya.

Allah tak pandang siapa kita dahulunya, Allah pandang usaha kita nak berubah. Jom hijrah…jom bertaubat! Dia akan bantu yakinlah!
Jika perlukan bimbingan, pusat pengajian kami sentiasa terbuka menerima pelajar. Kami ada menyediakan KELAS FARDHU AIN, kelas asas mengaji (yang zero tak tahu langsung), kelas tajwid,talaqqi dan hafazan. Info lanjut di bawah.

PUSAT PENGAJIAN AL QURAN

Untuk mengetahui jadual kelas mengaji dan kelas kelas yang kami adakan, boleh terus klik whatsapp di bawah :

Shera Anuar