Dahulu, masa awal awal jadi surirumah Shera fikirkan bahawa jadi isteri yang baik tu kena pandai masak beraneka jenis lauk pauk.
Yang rajin mengemas sampai tiada sebutir habuk pun melekat di para. 
Yang sentiasa menunggu suami pulang dari kerja di depan pintu. 
Yang selalu mesej tanya dah makan ke dah minum ke bila nak balik ke.

Rupanya salah! Itu mungkin ciri isteri orang lain.
Tetapi nak jadi isteri yang baik untuk lelaki di hadapan Shera ni rupanya mudah sangat.
Shera tak perlu jadi isteri seperti ciri di atas.

Suami Shera ni guru Al Quran dan mengusahakan pusat mengaji serta pra tahfiz.
Corak hidup kami, pagi dah sibuk sampai lah ke tengah malam.
Kelas mengaji malam, suami memang tiada di rumah. 
Sampai rumah pun kadang dah pukul 1-2 pagi.
Nanti lepas Subuh dah sibuk nak keluar untuk urusan pra tahfiz pula.
Hujung minggu,kami kursus keluar negeri.
Kadang sampai 2-3 hari tak jumpa atas urusan usaha agama.

Alhamdulillah Allah aturkan hidup sebegini.
Tak mewah,namun masa terisi dengan perkara bermanfaat.
Tenaga di salur ke perkara yang bermanfaat.
Wang juga tersalur untuk perkara yang bermanfaat.

Ada waktu terluang sebegini, kami lebih gemar makan berdua di kedai sambil borak borak tentang apa yang sedang kami usahakan.
Maka Shera sebagai isteri kepada lelaki di hadapan ini, tidak perlu lah try hard nak jadi “isteri baik” seperti isteri orang lain.
Shera beranggapan, dengan merelakan dan redha suami Shera di sibukkan dengan urusan agama 24jam-itu sudah memadai.
Kami tak ada masa nak tengok wayang,jalan jalan cuci mata di mall apa tah lagi cari pasal.

Secara tak langsung, Shera pun sibukkan diri juga mengikut corak hidup suami.
Shera dah berhenti jadi surirumah sepenuh masa.
Sekarang jadi suribisnes pula😌
Tak selalu masak, jarang jarang sekali.
Namun tak pernah tolak pelawaan untuk makan di mana mana restauran andai di bawa oleh suami.
No diet just go with the flow😌
Alhamdulillah Allah izinkan tetap kurus sihat walau diet kelaut dalam.

Bila Shera sibukkan diri buat bisnes Sisfel dan beberapa bisnes konsultan lainnya, Shera tak ada satu ruang masa pun nak buat perkara lagha.
Solat ontime. Mengaji pun boleh istiqomah.
Seronok juga hidup begini.

Bagi wanita yang bekerja dan bercadang nak berhenti, pastikan kita dah jelas tujuan nak jadi surirumah jenis macam mana.
Jangan end up jadi surirumah yang hanya tahu scroll FB,lazada dan Shoope habiskan duit laki kemudian membawang sana sini.
Jangan end up jadi surirumah , asyik nak cari pasal dengan suami sendiri dan jadi isteri yang cliche serba serbi nak di ikutkan kata hati.
Tak di bawa jalan nak merengek merajuk tak sedar diri.
Masa terluang tak juga mengaji malah solat pun asal buat duduk berdiri.
huhuhu
Ada baiknya jadi wanita bekerjaya yang di redhai Allah dan menyejukkan hati suami!
Yang menjadi asbab suami masuk syurga yang menjadi tulang belakang kuat suami saat dia rebah diuji.

Pesan Shera, ikut sahaja corak hidup masing masing dan sebolehnya pilihlah jalan yang mendekatkan kita pada jalanNya.
in sha Allah rumahtangga kita,suami kita,anak anak kita, bisnes kita-ALLAH BANTU dan ALLAH JAGA.
Jadi wanita bekerjaya is NOT A CRIME.
Jadi surirumah juga mulia andai mengikut landasanNya.

Nak masuk syurga bukan dengan berhenti kerja, jadi surirumah.
Apa guna jadi surirumah yang Allah tak redha?
Apa guna jadi surirumah tetapi masa di habiskan dengan melayan movie berejam dan cetek agama?
Apa guna jadi surirumah yang punya banyak masa main game di Facebook, scroll IG dan nafsu shopping membuak tak mampu di bendung?
Ada baiknya jadilah surirumah yang bermanfaat.
Yang masanya terisi dengan bertaddabur Al quran.
Yang solatnya mashaAllah on time malah mampu istiqomah tahajjud dan dhuha!
Manfaatkan masa untuk jalanNya dan jadi manusia manfaat yang usaha ke jalanNya itu lebih baik lagi dari sekadar mahu menjadi surirumah.

Jadinya, kita fokus pada nak menjadi isteri yang solehah,bermanfaat dan di redhai Allah. Bukan ISTERI YANG BAIK seperti kebanyakkan orang berkata.

SUAMI YANG BAIK

Hak suami nak suruh isteri tak bekerja dan duduk di rumah.
Isteri wajib taat,patuh dan ikut.
Namun, sebagai suami yang panjang akalnya,tinggi imannya dan baik pula akhlaknya, sila pastikan masa isteri yang tidak di benarkan bekerja itu terisi dengan agama!

Jangan di biar sendiri di rumah tanpa tarbiah.
Jangan di biar sendiri tanpa solat berjemaah.
Jangan di biar sendiri tanpa didikan agama.
Jangan di biar sendiri tanpa meneliti bacaan Al Qurannya.
Jangan di biar sendiri tanpa di bawa ke masjid mendengar kuliah agama.
Jangan di biar sendiri bebas ke mana mana tanpa di teman.

Kerana kelak isteri itu akan di temani syaitan.
Syaitan yang sentiasa menghasut hasut ke arah keburukkan.
Isteri seorang di rumah, mengisi masa menonton you tube,netflix astro dan sebagainya untuk menghilangkan bosan.
Isteri keseorang di rumah scroll FB baca atau tonton benda tak berfaedah,layan Instagram berejam melihat gambar tak tutup aurat yang tentunya banyak di dalamnya, main game dan layan laman shopping online yang lagha menambahkan nafsu membelinya.
Isteri keseorang di rumah lebih teruja menunggu nunggu masa suami pulang untuk di bawa berjalan.
Isteri yang kesunyian akan sentiasa mencari cari benda,perkara, atau hobi yang boleh membuatkan mereka tidak bosan.Dan kebanyakkanya menghala kepada kelalaian.
Mereka tidak dapat merasa nikmat “surirumah” yang sebenar.

Kerana hidupnya akan BOSAN.
Hidupnya akan sunyi.
Dirinya akan mudah menjadi murung dan depresi andai di biarkan berterusan tanpa agama!

Maka sebelum memaksa isteri duduk di rumah, bermesyuaratlah.
Bertimbang rasa terhadap emosi dan keperluan rohani isteri.
Andai memang pilihan isteri nak menjadi surirumah, pastikan juga dia mendapat pengisian agama.
Pastikan isteri jelas tujuan menjadi surirumah itu sebagaimana yang sepatutnya.
Isteri berkerja atau isteri surirumah, keduanya tetap memerlukan didikan agama.
Isteri yang bekerja, juga ada ujiannya. Isteri di rumah juga ada ujiannya.

Tak salah andai isteri nak bekerja atau berniaga andai isteri itu pandai menjaga diri dan agamanya.
Sebagai suami, bimbinglah isteri ke jalan yang Allah redha.

Membiarkan isteri bekerja dalam keadaan tidak mematuhi ajaran agama-dayus namanya.
Membiarkan isteri di rumah tanpa ajaran agama -juga dayus nama nya.

Maka, kesimpulannya nak masuk syurga bukan dengan memaksa isteri duduk di rumah.
Bukan juga dengan menjadi surirumah.

BUKU RUJUKAN SUAMI ISTERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *